Baru-baru ini menjadi bualan ramai sebuah video yang dikongsikan seorang lelaki memaparkan isterinya sedang menikmati hidangan di sebuah restoran makanan segera pada waktu siang ketika bulan puasa.
Bagiamanapun lelaki itu menjelaskan dia hanya sekadar menemani isterinya yang tidak mampu berpuasa disebabkan dirinya yang sedang hamil.
“Jam baru pukul 4 petang, dia da lapar. Hmm, terpaksalah saya menuruti (kehendaknya). Orang mengandung kan, tak boleh berpuasa. Abang temankan je ye!” tulisnya dalam video tersebut.
Walaupun begitu, tindakannya itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mengatakan biar apa pun alasan yang diberi.
Sebagai suami dan orang Islam, dia sepatutnya membawa isterinya makan di tempat tertutup bagi menghormati orang lain yang sedang berpuasa.
Wanita itu dikatakan tidak mempunyai rasa malu kerana dilihat terbuka makan di khalayak sedangkan dia beragama Islam dan di bulan Ramadan.
Antara teguran lain yang diberikan oleh pengguna media sosial adalah meminta agar mereka berdua lebih menghormati bulan mulia ini serta orang lain yang sedang berpuasa.
“Kalau tak puasa pun bang, bawalah isteri makan di rumah. Bukan siap buat video masuk TikTok. Lagi pun, bimbang ada yang akan memandang dan berlakunya salah faham. Sekali gus memalukan orang Islam,” kata netizen.
“Saya dulu masa sarat mengandung pun, elok jer berpuasa sampai bersalin. Kalau ye pun mengandung, apa tak boleh ke makan di rumah? Bangga tayang isteri tak puasa di media sosial?” kata Pupil.
“Aku dulu pregnant, puasa dan boleh masak lagi juadah berbuka. Memang badan orang lain-lain, tetapi kau tu pregnant, bukannya berpenyakit,” kata Cactus.
“Dah tau pregnant, tak payahlah pergi shopping berjalan beria-ria. Ini salah sendiri walaupun boleh berbuka. Rehat sajalah di rumah,” kata Mous.
“Semua benda nak rakam, pastu upload tunjuk kat netizen. Tak boleh si suami simpan video itu sendiri? Tak ada kepentingan kot. Kalau nak buat kenangan, rakan dan simpan sendirian berhad sudah,” kata Rise.
“Lapar perhatian. Bila kena kecam, menggelupur. Whatever alasan sebab tidak boleh berpuasa pun, jangan tunjuk kebengongan secara umum. Beli makanan dan makan dalam kereta, tak boleh ke? Otak celah ketiak,” kata Wani.
Selain itu, ada juga yang mempersoalkan adakah benar orang mengandung tak boleh puasa, sedangkan dia mampu dan mempunyai tenaga untuk melakukan kewajipan tersebut.
“Memang orang mengandung tak boleh puasa?, bukan yang memudaratkan sahaja dibenar berbuka, tapi itu nampak sihat elok ja, makan pun memilih,” soal pengguna lain.
Sumber: Kosmo, Forum.