Pastinya gambar dan juga video perkahwinan merupakan momen yang paling dinantikan buat mereka yang berkahwin kerana itu akan menjadi satu kenangan yang terindah bagi permulaan hidup baharu mereka.
Namun lain pula jadinya buat pasangan pengantin ini apabila hampir kesemua gambar dan video perkahwinan mereka ‘rosak’.
Buat Semula
“Selepas dua bulan, saya hubungi suami saya menangis cakap kat dia saya tak okay.
Saya sebenarnya taknak benda ni jadi dekat orang lain je. Saya berharap diorang minta maaf, lepastu benda tak terjadi pada sesiapa pun, cukuplah sampai saya je.”
Anak makcik baju merah bersuara
Seorang pengguna laman Twitter, @syaaabdullah memuat naik beberapa tangkap layar memaparkan komen Mummy Bunga yang kecewa apabila ibunya dituduh sebagai ‘perosak majlis’.
Menurut Mummy Bunga, tindakan Zarah menularkan isu berkenaan di TikTok seolah-olah memalukan ibunya sekali gus mahu mengambil tindakan undang-undang.
“Post gambar, aibkan orang kat social media ada akta ye. Kalau betul ibu saya rosakkan majlis dia, pergi buat report.
“Elok perangai? Ayat awak semuanya cantik-cantiknya ye pasal ibu saya. Tak apa awak, nanti tunggu report taw, thank you,” itu antara komen rawak ditinggalkan Mummy Bunga terhadap warganet.
Bagaimanapun, tinjauan di TikTok mendapati Zarah dipercayai sudah memadam video berkaitan isu berkenaan.
Sementara itu, Zarah dan suaminya Nazrin Ramli yang berkahwin pada Julai lalu berhasrat bagi membuat majlis yang sama pada masa akan datang tanpa kelibat makcik terbabit.
Makcik Baju Merah Pergi Jumpa Pengantin
Terbaru semalam Zarah mendedahkan akhirnya isu yang telah lama dipendam itu selesai jua. Wanita berkenaan, ibu bapa serta mak cik tersebut yang hadir bersama salah seorang anaknya telah bertemu mata.
Di pertemuan tersebut, dia telah pun meminta maaf atas kelakuan yang telah dilakukan ketika majlis. Dalam pada itu, individu yang sudah berusia tersebut juga berharap semua kesalahan yang dilakukan tidak dikaitkan dengan seluruh kariah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama lega apabila isu itu akhirnya dapat juga diselesaikan.
Dalam pada itu, ramai setuju pendedahan nekad yang dibuat Zarah tersebut sedikit sebanyak membuka mata mak cik berkenaan untuk tidak mengulanginya lagi kelak.
Tonton Video : SILA KLIK DI SINI
Apa komen korang kalau terjadi perkara macamni dekat korang?
Kredit: TikTok Zarah
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.