BAZAR Ramadan yang menawarkan pelbagai jenis pilihan makanan sudah tentu menjadi tarikan utama orang ramai untuk membeli juadah berbuka sepanjang bulan mulia ini.
Namun di sebalik kemeriahan itu, timbul beberapa isu seperti puding berbuih yang menjadi punca keracunan makanan serta pertikaian harga nasi Arab hasil air tangan Cef Ammar Ali.
Sebelum ini kecoh di sosial media dimana seorang pelanggan Mee Tonggek di Bazaar Putrajaya mendakwa makanan mereka kotor sehingga nampak ulat.
Menurut pemilik akaun TikTok Mexsimustakasima33, dia mendakwa membeli sebungkus mi goreng ketika berkunjung ke gerai Mee Tonggek di Bazar Ramadan Putrajaya.
Namun apa yang mengejutkan, dia menemui beberapa ekor ulat di dalam hidangan itu ketika hendak berbuka puasa pada hari kejadian.
Selepas tular gerai tersebut telah diarahkan tutup oleh Jabatan Kesihatan dan baru baru ini mereka telah berniaga semula.
Pemilik Mee Tonggek pertimbang ambil tindakan undang-undang terhadap pengadu
“Kepada pelanggan-pelanggan kami, Mee Tonggek, boleh datang semula ke tapak Bazar Ramadan Putrajaya untuk support Mee Tonggek Udang Galah dan Sotong double XL,” demikian kata pengusaha gerai Mee Tonggek yang dibenarkan beroperasi semula.
Terdahulu, gerai Mee Tonggek diberi notis amaran dan ditutup sementara susulan aduan seorang pengguna TikTok yang mendakwa menemui ulat dalam menu Mee Tonggek Sotong Double XL.
Bagaimanapun, pemilik gerai berkenaan yang dikenali sebagai Mahathir berkata, dia dibenarkan berniaga semula setelah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Saya mendapat kelulusan dari KKM untuk beroperasi semula di tapak Bazar Ramadan Putrajaya kerana siasatan semua sudah selesai.
Kami juga telah menunjukkan kepada pegawai KKM bagaimana proses perniagaan kami dari segi proses, masakan di tapak bazar.
“Jadi, jualan yang kami sediakan di sini semuanya di masak di tapak bazar. Kami tidak masak di kedai, semua masakan jualan di kedai ini dimasak di bazar.
Semuanya dimasak panas-panas, bukannya masak di kedai. Cuma penyediaan bahan masakan dilakukan di kedai.
Ketika ditemubual oleh Channel MyMakanTV, Mahathir memaklumkan bekalan sotong double XL berkenaan diperoleh dari Pasar Borong Selangor, manakala Udang double XL diperolehi dari Sabah.
Turut ditunjukkan, cara-cara penyediaan dua menu utamanya itu yang mana kesemuanya dimasak panas-panas di tapak niaganya.
Ketika rakaman temubual itu dibuat, kedengaran seorang wanita bertanya kepada Mahathir apakah dia akan mengambil tindakan undang-undang (saman) terhadap pengadu yang mendakwa menemui ulat dalam masakannya. Mahathir menjelaskan dia dalam proses untuk berbuat demikian.
“Apa cerita orang tu (pengadu), dah kena saman dah?” soal wanita berkenaan.
“Dalam progres, inshaAllah saya akan buat (ambil tindakan undang-undang),” jawab Mahathir.
“Padan muka dia,” ujar wanita berkenaan.
“Kita teruk berniaga, setahun sekali saja pun. Dia seorang pula tu (yang buat dakwaan menemui ulat), naya betul. Sedih pun ada, tak semangat dah (berniaga) sebenarnya. Pelanggan nak datang pun takut.
“(Kalau dakwaan itu benar sekalipun) datanglah berjumpa dengan saya,” katanya menjawab soalan wanita terbabit.
VIDEO:
Sebelum ini, pengadu, Meximus, memuat naik video dirinya membeli mee tonggek dari gerai tersebut dan sebaik saja pulang ke rumah untuk berbuka puasa, dia mendapat mee tersebut dicemari ulat, lalu membuat aduan kepada Perbadanan Putrajaya.
Meximus juga berterima kasih kepada Perbadanan Putrajaya kerana mengambil tindakan pantas terhadap aduannya yang viral di media sosial.
Sumber video: MyMakanTV via The Reporter
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: