Sejak kebelakangan ini, memang banyak isu yang didebatkan berkaitan v4ksin. Walaubagaimanapun, rakyat Malaysia digalakkan untuk mengambil suntikan berkenaan bagi mencapai komuniti kelompok sekaligus mengekang w4bak bahaya daripada terus merebak.
Para selebriti juga tidak terlepas memberikan pendapat mereka mengenai isu ini, ada yang menyokong, ada yang tidak. Terbaru, pelakon Emelda Rosemila turut berkongsi pendapatnya menerusi entri di IG Story. Menurutnya, tiada akta dalam Perlembagaan Negara yang menyatakan rakyat Malaysia wajib mendapatkan suntikan v4ksin.
Sudah termaktub dalam undang-undang negara. Tiada paksaan dalam pengambilan v4ksin.
Malah Emelda mengatakan bahawa syarikat juga tidak boleh memaksa para kakitangan di bawahnya untuk mengambil v4ksin sekiranya mereka menolak.
Emelda menegaskan bahawa setiap individu mempunyai hak masing-masing, jadinya tiada siapa yang boleh memaksa mereka untuk melakukan sebarang keputusan.
Kita ada hak sendiri. Kalau nak ambil sukarela, bukan paksa rela. Kalau ada kesan sampingan, tanggung sendiri.
Wanita itu mengemukakan Akta 342 Akta Pencegahan & Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 di mana setiap individu yang menolak vaksin untuk CVD-19 tidak boleh dikenakan sebarang hukuman.
Dalam pada itu, pelakon itu meminta supaya golongan divaksin dan golongan yang tidak mahu div4ksin supaya berhenti bertikam lidah dan buat sahaja keputusan mengikut kehendak sendiri.
Memang penting ikut kehendak sendiri tapi lebih baik beri keutamaan pada kepentingan semua.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Oh Bulan