Umum

“Tiada siapa yang bimbing” kalau saya balik pukul 4 pagi pun, mak saya tanya dekat mana je

Melihatkan perwatakan Janna Nick, sememangnya ramai berpendapat pelakon dan pengacara itu seorang yang sangat ceria dan aktif.

Namun, ada kisah disebalik kehidupan Janna yang mmebesar dalam ‘broken family’. Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter berkongsikan temu bual Janna yang menceritakan kisah hidupnya.

Menurut Janna, ibu bapanya bercerai ketika dia darjah tiga dan memilih untuk tinggal bersama neneknya kerana dia merasakan ia merupakan keputusan yang terbaik.

Kata Janna lagi, dia memaksa dirinya menjadi seseorang yang ektrovert kerana mahu menghiburkan diri sendiri supaya tidak berasa sunyi.

“Saya banyak membesar dengan kawan-kawan. Kadang-kadang orang nampak sisi saya yang extrovert. Tapi sebenarnya saya terpaksa jadi extrovert sebab saya rasa saya kena hiburkan diri saya,” katanya.

Janna berkata lagi, sejak kecil lagi dia sudah membuat keputusan sendiri dan tidak mendapat bimbingan daripada siapa-siapa.

“Kalau saya balik pukul 4 pagi pun, mak saya tanya dekat mana je, mak saya akan biar je. Tapi bukan sebab mak saya tak bertanggungjawab, tapi mak saya percaya dengan saya. Itu yang menjadikan saya hari ini,” katanya.

Sementara itu, Janna berkata selepas ibu bapanya bercerai dia tidak merasakan hari raya sesuatu yang menyeronokkan.

Janna Nick Terkejut Lagu Gatal Jadi Perhatian PSY

Sejak lagu single nyanyian Janna Nick berjudul Gatal dilancarkan pada Februari lalu, lagu itu menjadi perhatian sampai ke luar negara.

Nampaknya, lagu ciptaan vokalis Drama Band, Aepul Roza itu mempunyai kekuatan tersendiri hingga melekat di telinga pendengar. Terbaru, hangat diperkatakan apabila lagu Gatal itu turut mendapat perhatian superstar antarabangsa iaitu PSY.

Memetik portal BOOM!, Janna mengakui gembira dan teruja apatah lagi superstar dunia memilih lagunya itu dalam masa sama mempromosikan lagunya.

“Memang gembira sangat-sangat. Itu saja cara saya nak gambarkan perasaan saya sekarang ini. PSY kot… Siapa yang tak gembira superstar dunia macam dia pilih lagu kita? Lepas tu dia promote pula di Instagram yang ada pengikut berjuta-juta. Siapa tak suka?” katanya.

Dalam pada itu, komposer lagu tersebut iaitu Aepul turut meluahkan rasa syukur lagu ciptaannya itu didengari sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Alhamdulillah tak sangka Gatal dapat perhatian sampai ke sana (Korea). Pengalaman baharu untuk saya sebagai pencipta. Plus, it was a great job from Janna dan juga marketing team dia,” katanya.

Sumber : rotikaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Continue Reading
Advertisement