Umum

Usahawan Sudi ‘Belanja’ Jentolak Bantu Kerajaan Musnah Kebun Durian Haram

TEMERLOH – Seorang usahawan dari Kuala Krai, Kelantan menawarkan jentolak miliknya untuk membantu Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dalam mengendalikan operasi membersihkan kebun durian haram yang terletak di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub.

Ali Omar, 34, menawarkan untuk menggunakan 6 jentolak miliknya secara percuma bagi membantu memudahkan kerja pegawai penguat kuasa jabatan berkenaan dengan memuat naik status mengenai perkara tersebut di Facebooknya pada Selasa sebelum ia tersebar.

Menurut Ali, beliau berhasrat untuk membantu anggota yang terlibat dalam operasi tersebut.

“Saya lihat dengan keluasan kawasan terlibat lebih 100 hektar, sangat luas jadi ia sedikit membebankan anggota terlibat.

Ali bersama dengan sebahagian jentolak miliknya yang sanggup dihantar ke Raub bagi membantu pegawai JPNP.

“Dengan penggunaan lebih banyak jentolak ia akan mengurangkan beban dan masa anggota,” katanya ketika dihubungi sebuah akhbar tempatan.

Ujarnya, sekiranya khidmat jentolak miliknya diterima, beliau akan segera melakukan penghantaran jentera berkenaan ke tempat kejadian.

“Saya telah berhubung dengan pegawai jabatan dan nampaknya ada maklum balas positif.

“Jadi saya berharap dengan penggunaan jentolak terbabit dapat membantu pihak jabatan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Ali menyokong sepenuhnya usaha kerajaan negeri Pahang untuk membanteras peneroka haram yang telah banyak menikmati keuntungan melalui penjualan durian musang king selama ini.

“Sudah tiba masanya usaha membanteras peneroka haram dilakukan dan saya mengharapkan urusan anggota terlibat berjalan lancar,” katanya.

Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan beliau untuk mewarkan jentolaknya.

Reaksi warga maya

Semoga dipermudahkan urusan

tolak sekali kat orang yang bagi kebenaran ceroboh tu.

Tanam hutan balik kasi hijau.

Ada yang nak support duit minyak.

Sebelum ini, Pekebun haram durian musang king didakwa telah merobohkan empat jambatan yang berada dalam kawasan penerokaan tanah haram di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub pada Isnin sebagai usaha menghalang tindakan penguatkuasaan dilaksanakan.

Berikutan kejadian tersebut, polis telah menggerakkan Pasukan Gerakan Am (PGA) ke daerah itu bagi menjaga ketenteraman  membabitkan pekebun dan  penguat kuasa berhubung isu itu sejak semalam.

Sepanjang operasi musnah itu, seramai 22 individu terdiri daripada pekerja dan pemilik kebun ditahan kerana kesalahan berada di dalam Hutan Simpan Batu Talam dan mereka didakwa di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) bertindak tegas dengan memusnahkan kebun durian musang king seluas kira-kira 101 hektar yang ditanam secara haram dalam Hutan Simpan Kekal Batu Talam.

Ini adalah operasi penguatkuasaan biasa tetapi mendapat tentangan serta provokasi dengan kata-kata kesat dikeluarkan ke arah pegawai dan kakitangan penguat kuasa.

Continue Reading
Advertisement