Umum

Peng4ntin Mud4 22 Tahun Berj0d0h Lelaki 38 Tahun

Tahun lalu pernah timbul satu trend di TikTok apabila masing-masing berkongsi foto bersama couple yang kononnya jauh lebih berusia. Rupa-rupanya ramai yang tertipu padahal semua itu adalah hasil suntingan imej daripada aplikasi Face App. Turut terkena tempias sama apabila muka suaminya dikatakan edit, seorang wanita tampil memberikan penjelasan.

Ramai ingatkan wajah suami guna face app.. Wanita akui kahwin lelaki tua 16 tahun

Meskipun mempunyai jarak usia 16 tahun, wanita ini mendedahkan kini sudah hampir 2 bulan melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya dikenali sebagai Faizal. Mungkin ramai yang akan pelik dengan penyatuan tersebut, Eka tidak merasa kekok malah gembira apabila dipertemukan dengan lelaki berkenaan.

Sering ditanya kenapa pilih lelaki tua.. Takpe asalkan bukan ambil suami orang

Eka yang baru berumur 22 tahun manakala Faizal pula sudah pun memasuki usia 38 tahun sebelum ini sempat bertunang selama 3 bulan sebelum diijabkabulkan. Biarpun ramai yang pernah mempersoalkan kenapa memilih lelaki tua, wanita ini sama sekali tidak kisah asalkan dia bukanlah suami orang.

Abaikan kata-kata negatif asalkan awak bahagia.. Orang cakap muka seakan sama ni jodoh dia kuat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen beranggapan bahawa wajah mereka berdua memang sangat mirip sekali gus berseloroh itu merupakan petanda jodoh kuat. Selain itu, ramai juga yang berkongsi pengalaman mereka berkahwin dengan lelaki jauh lebih berusia.

Apa pendapat anda.Jangan lupa SHARE dan komen yang baik-baik sahaja

Sumber: TikTok Eka