Semalam kita dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi dan pelakon terkenal tanah air negara, Adibah Noor akibat kanser ovari tahap empat.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Difahamkan jenazah arwah telah dibawa ke Masjid-Al Ansar, Taman Keramat, Kuala Lumpur pagi ini untuk proses dimandikan dan pengebumian.
Sementara itu, pengurusan Masjid-Al Ansar turut menganjurkan bacaan Yassin untuk pemergian Allahyarhamah sekitar jam 9.30 pagi tadi.

Dalam pada itu, jemaah di masjid tersebut turut menjalankan bacaan Yaasin secara beramai-ramai ke atas arwah.
Semasa majlis bacaan Yassin itu, turut kelihatan kelibat ayah arwah, Mohamed Omar di masjid berkenaan.
Difahamkan, jenazah arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Keramat Permai sekitar jam 10:30 pagi ini.
Laporan ringkas dari semasa ke semasa dimuat naik oleh pemberita AWANI dan BERNAMA di lokasi kejadian.
Imbas kembali, arwah disahkan meninggal dunia pada jam 7.30 malam, 18 Jun 2022 di Hospital Gleneagles.
Sementara jenazah #AdibahNoor sedang dimandikan, pengurusan Masjid Al-Ansar menganjurkan bacaan Yassin untuk Allahyarhamah. @501Awani pic.twitter.com/bWYhuoBhWu
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) June 19, 2022
Sumber Awani bernama